Kita Jaga Kita The Series: Bersama Kita Bangkit

https://www.facebook.com/mycarehq/videos/1075902896249134/

MyCARE telah turun ke lapangan menghulurkan bantuan kepada golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Statistik menunjukkan bahawa kesan ekonomi terhadap golongan rentan masih lagi di tahap membimbangkan:

• 56% isi rumah yang diketuai wanita masih mencatatkan pendapatan lebih rendah berbanding pra-COVID,

• 46% isi rumah masih belum pulih ke tahap sebelum krisis• 8 daripada 10 pelajar tiada akses kepada komputer dan hanya bergantung kepada telefon bimbit.

Sumber: UNICEF & UNFPA

Dengan itu, MyCARE menyeru rakyat Malaysia sekalian supaya bersama-sama meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan anda ke: https://mycare.qrd.by/covid

Suka untuk kami kongsikan pengurusan sumbangan anda melalui MyCARE diuruskan dengan amanah. Kami di-audit oleh top 5 firma terbaik antarabangsa iaitu firma BDO serta laporan kewangan boleh didapatkan di SSM setiap tahun. Pengiktirafan lain seperti pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia dan United Nation boleh rujuk di laman web MyCARE.

Kita mampu memutuskan rangkaian COVID-19 dan kita juga mampu memutuskan rangkaian kesengsaraan mereka.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes