MyCARE Johor santuni 2 keluarga asnaf

KULAI, 21 Februari 2021 – Alhamdulillah MyCARE Johor dengan kerjasama NGO UITO telah berkesempatan menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada 2 keluarga asnaf yang menetap di Jalan Sopan, Taman Mas.

Berikut adalah maklumat asnaf yang disantuni:

1.Hasinah binti Ayub
Asal: Myanmar
Umur: 22 tahun
Ditinggalkan suami ketika usia kandungan 4 bulan. Anak berumur 3 bulan. Tinggal bersama ayah, ibu dan 2 orang adik yang berumur 16 (tidak bersekolah) dan 13 tahun (bersekolah di MyC4RE). Bapa bekerja sebagai penebar roti canai.
Sewa rumah: RM800 sebulan

Bantuan disampaikan:

1. Beras
2. Pampers
3. Susu Dugro
4. Barangan basah
5. Biskut, minyak, Maggie
6. Pinggan mangkuk
7. Beg sekolah 1 unit
8. Wang RM50

2. Nursuriani binti Abdul Kalam Khan
Asal: Pahang
Suami: Ahmad (warga Myanmar) baru 3 hari bekerja di Negeri Sembilan setelah 2 minggu tidak bekerja
Anak 5 orang. Anak baru lahir berumur sebulan.

Barangan disumbang:

1. Beras
2. Pampers
3. Susu Dugro
4. Barangan basah
5. Biskut, minyak, Maggie
6. Pinggan mangkuk
7. Beg sekolah 3 unit
8. Kasut sekolah 2 pasang (sumbangan kali kedua)

Terima kasih kepada individu yang menyumbang dalam bentuk wang kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah SWT mengganjari anda semua dengan sebaik baik ganjaran kami semua doakan.

Rozi bin Abdul Ghani
Pengurus MyCARE Johor
Merangkap Pengurus MyCARE Kulai

MyCARE – “Nurturing Humanity Making A Difference“

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes