Penyaluran bantuan kepada pemandu limosin KLIA yang terjejas

Humanitarian Care Malaysia menutup tirai tahun 2020 dengan penyaluran bantuan COVID-19 kepada para pemandu teksi limo di Sepang yang diwakili GMO MyCARE, Puan Roha Hasan pada 31 Disember 2020. Penyaluran fasa 1 pek makanan ini menyasarkan 50 orang pemandu limosin KLIA yang hilang pelanggan lebih daripada 6 bulan akibat pandemik ini dengan kerjasama Yayasan Budi Amal, One Work Resources, Airport Limo (M) Sdn Bhd dan KulCrew TV bertempat di Depoh Airport Limo di Sepang.

Lihat gambar-gambar lain di dalam album MyCARE

Pek makanan ini mengandungi 10kg beras, 1kg tepung, mi, sardin, 1 papan telur, 1kg gula, garam, teh, minyak masak, kicap, susu pekat, dan biskut.

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Airport Limo, Puan Sharifah Salwa Syed A. Rahman (One Work Resources) En. Farouk Hussain & Ajim dari KulCrew serta para pemandu yang menghadiri program ini.

Teruskan membantu sahabat-sahabat kita yang memerlukan di: http://mycare.qrd.by/winter

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan