Penyerahan peranti tablet kepada pelajar B40 SMK Sri Indah

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) berbesar hati menyerahkan 10 unit peranti tablet dan kad sim kepada 10 orang pelajar cemerlang SMK Sri Indah, Seri Serdang dari keluarga B40 bagi memudahkan pembelajaran anak-anak ini.

Satu MoU telah ditandatangani oleh CEO MyCARE, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar bersama Pengetua SMK Sri Indah, Puan Kamariah Che Ngah disaksikan Tuan Khalid Haji Lambak, Timbalan YDP PIBG serta Ketua Projek MyCARE, En. Noorsyazly.

Penyerahan ini bertujuan membantu pelajar cemerlang dari keluarga B40 menjalani proses PdP secara atas talian sepanjang musim pandemik ini.

Haji Kamarul Zaman juga mengingatkan bahawa pendidikan adalah amat penting untuk masa depan negara dalam ucapannya. Mengambil contoh konflik yang berlaku di Syria, jutaan anak-anak cicir pelajaran amat membimbangkan dan memberikan cabaran untuk mereka membina semula negara.

Walaupun Malaysia tidak menghadapi konflik seperti Syria, namun pandemik COVID-19 ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada para pelajar terutamanya yang tidak mempunyai kemudahan peranti dan internet.

Anak-anak ini terpaksa meminjam handphone ibubapa mereka pada lewat petang atau malam setelah mereka pulang dari kerja.

Dengan sumbangan ini, MyCARE berharap anak-anak ini dapat mengekalkan prestasi kecemerlangan serta dapat memudahkan urusan pembelajaran mereka.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan