Training of Volunteers sesi pertama tahun ini

SRI KEMBANGAN, 8 Januari 2020 – TOV sesi I/2020 telah dijalankan bersama sukarelawan yang mempunyai semangat untuk mencari, meraih dan mengejar peluang dalam menceburi dunia sukarelawan MyCARE.

Seperti mana peluang tidak akan pernah menunggu kita, begitu jugalah kesemua mereka yang hadir ini mahu menjadikan setiap hari adalah peluang untuk mengubah kehidupan dengan sesuatu yang bermanfaat.

Pendedahan mengenai isu-isu Rohingya dan kehidupan pelarian di Malaysia merupakan antara topik menarik yang dikongsikan kepada mereka agar dapat dipraktikkan sebagai seorang sukarelawan yang berpengetahuan.

Sesi latihan dalam kumpulan juga turut diadakan untuk membincangkan strategi dalam meningkatkan aktiviti pengurusan dana sukarelawan agar lebih ramai pelarian yang ditindas dan memerlukan bantuan dapat disantuni.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Kosongkan jadual anda untuk hadir ke TOV sesi II/2020 pada Mac ini!!

Ayuh bersama kami menjadi salah seorang yang mempunyai semangat seperti mereka.💪🏻

Daftar sukarelawan di website MyCARE sekarang! 👉🏻 https://mycare.org.my/get-involved/

Ikuti saluran Telegram untuk mengetahui aktiviti sukarelawan!
http://t.me/VolunteerMyCARE

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.