Kanak-kanak Rohingya kembali Back2School

SUBANG JAYA, 15 Januari 2020 – Seramai 14 orang kanak-kanak Rohingya Sekolah Tahfiz Al-Amin MyCARE Sri Serdang keluar membeli peralatan sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2020 di pusat membeli belah Mydin USJ pada hari ini.

Tajaan program Educational Project “Back to School/Rohingya” pada tahun ini ditaja oleh Takaful Child Welfare sebanyak RM16,000 melibatkan tiga institusi di bawah jagaan MyCARE iaitu Sekolah Tahfiz Al-Amin MyCARE Sri Serdang, MyCARE Education Centre for Rohingya melibatkan seratus orang pelajar di Kulai Johor dan inisiatif program Rose2Rose “Rohingya Homeschooling” di Sungai Tekali, jumlah sumbangan RM16,000 dimanafaatkan untuk pakaian seragam, beg sekolah, alat tulis dan pengangkutan ke sekolah.

Lagi gambar-gambar di FB MyCARE

Pengurus Besar Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Roha Hassan berkata di samping membawa anak-anak ini membeli barang kelengkapan persekolahan mereka sendiri, ini menjadi salah satu aktiviti mendidik mereka supaya membeli belah dengan cara lebih berhemah di masa akan datang nanti.

Bagi merealisasi hasrat anak-anak ini untuk mendapatkan sistem pembelajaran yang lebih terjamin, bantuan dari anda sekalian dialu-alukan!

Sumbangan boleh disalurkan ke:

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA

Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592

Untuk maklumat lanjut, hubungi saudara Noorsyazly di talian 012-3614874.

Foto : Zulfadhli Zaki/MyCARE

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan

Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin

Keadaan keluarga di Palestin terus berada dalam keadaan yang sangat mencabar akibat konflik yang berpanjangan. Di sebalik setiap khemah dan rumah-rumah yang telah runtuh di

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan