Sumbangan di kem pelarian Rohingya

Misi diteruskan pada hari kedua di kem pelarian Rohingya Balukhali dengan penyaluran sumbangan yang berupa baldi, selimut, kelambu, periuk, dan tikar kepada 500 buah keluarga.
Dr. Fauziah, Ann Wright dan ahli misi telah menyampaikan sumbangan sebanyak 500 pek makanan seberat 20KG kepada 500 buah keluarga di kem Kutupalong pada hari pertama mereka di sana.
Pek makanan ini terdiri daripada minyak masak, bawang, kunyit, cili, beras, kacang dal, garam, kentang dan lain-lain.
Lampu solar turut disumbangkan kepada rumah-rumah yang sangat dhaif dan keluarga terpilih.



Antara penerimanya adalah seorang wanita buta yang kehilangan suami (dibunuh) dan sedang membesarkan 5 orang anaknya yang berumur 6 tahun sehingga 12 tahun. Anaknya yang sulung kini berada di hospital.
1000TK juga disumbangkan kepada beliau sebagai sumbangan zakat.
Ahli misi juga sempat menceriakan kanak-kanak Rohingya dengan mengagihkan biskut oat dan chocolates kepada 200 kanak-kanak di kem tersebut sebelum pulang.
Kami persembahkan hasil sumbangan-sumbangan tuan/puan yang isitiqamah membantu mereka melalui MyCARE dan Rose2Rose.


Lagi gambar-gambar di album Rose2Rose
Pada tahun ini (2017), MyCARE telah menyalurkan bantuan pertama bernilai RM80,000, bantuan kedua bernilai RM150,000, bantuan ketiga bernilai RM100,000 dan kini bantuan bernilai RM60,000.
MyCARE mewakili saudara-saudara Rohingya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang istiqamah dalam membantu dan menyalurkan sumbangan melalui MyCARE.
Semoga kebaikan kalian dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

EDU TRIP 2026: Pendidikan Tanpa Sempadan

Setiap anak berhak merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Melalui program Edu Trip 2026, anak-anak yatim dan asnaf yang merupakan Pelajar Learning Centre MyCARE

MyQurbani Aceh

“Setiap kali hujan turun, kami masih trauma jika banjir berlaku lagi. Kami belum pulih sepenuhnya daripada banjir yang lalu.” Demikian luahan Pak Ferdi, salah seorang

Projek Adopt a Hafiz

Ketika ramai kanak-kanak di Gaza berdepan kehilangan tempat tinggal, kemiskinan dan trauma peperangan, masih ada yang istiqamah menghadiri halaqah Al-Quran untuk menghafaz kalam Allah SWT.

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah