Bertempat di Lembah Azwen Resort, Civil Defence Auxiliary (CDA) MyCARE telah melaksanakan Latihan Lanjutan CDA sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda pada hujung tahun 2026.
Sebelum ini, CDA MyCARE telah menerima Latihan Asas Pertahanan Awam selama 18 jam bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), yang merangkumi kemahiran seperti CPR, bantuan tercekik (choking), pemadaman kebakaran dan lain-lain asas kesiapsiagaan bencana.
&nbs0;
Sebagai kesinambungan, latihan lanjutan selama 2 hari 1 malam ini memberi pendedahan kepada kemahiran Aquatic Life Support, Latihan Evakuasi, Komunikasi dan Navigasi dalam Search and Rescue (SAR), Psychological First Aid (PFA) dan lain-lain.
Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan, kemahiran dan keyakinan sukarelawan CDA MyCARE agar lebih bersedia untuk bertindak secara pantas, selamat dan teratur ketika berhadapan situasi bencana.
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para jurulatih, Dr. Mohamed Ikram, Haji Che Mahmud dan Dr. Abd Rahman atas perkongsian ilmu sepanjang latihan serta semua sukarelawan CDA MyCARE yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.
Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya serta memperkemas tindakan bantuan ketika bencana.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”