MyCARE telah dijemput untuk membuka booth pameran sempena LLG Fun Run 6.0 bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Program ini menyaksikan penyertaan seramai 5,000 orang bagi memperingati ulang tahun ke-40 Yayasan Lim Lian Geok.
Turut menyerikan suasana, YB Ng Sze Han telah melawat booth MyCARE dan menerima sehelai mafla Palestin sebagai tanda sokongan terhadap solidariti Palestin.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan ini. MyCARE berharap inisiatif serta misi kemanusiaan ini dapat disebar luas kepada masyarakat umum.
Untuk sebarang jemputan pembukaan booth atau kerjasama acara, sila hantar email kepada admin kami admin@mycare.org.my
“Nurturing Humanity, Making a Difference”