Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

 

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Jajahan Gua Musang, YABrs. Tuan Mohd. Roshdi Ismail yang turut disaksikan Pengerusi PUSPANITA Jajahan Gua Musang, Puan Masleni Abdul Manaf.

 

Turut hadir mewakili delegasi MyCARE ialah Pengerusi MyCARE, Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha serta Pengurus Besar Operasi MyCARE, Puan Roha Hassan.

 

Seramai 100 orang Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan yang melibatkan 40 buah keluarga dari Daerah Penggawa Galas, 30 keluarga dari Daerah Penggawa Bertam dan 30 buah keluarga dari Daerah Penggawa Chiku.

 


 

 

 

 

 

 

Bantuan yang disampaikan merangkumi bakul makanan dan bantuan persekolahan bagi membantu meringankan beban keluarga asnaf dalam memenuhi keperluan harian serta persiapan anak-anak ke sekolah.

 

“Ketika kita menyambut kemenangan, masih ada yang sedang berdepan musibah. Ketika kita menikmati rezeki yang Allah kurniakan, janganlah kita melupakan mereka yang hidup dalam serba kekurangan.”

 

Dalam ucapannya, Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha mengingatkan bahawa di sebalik kegembiraan yang kita nikmati, masih ramai insan yang sedang diuji dengan pelbagai kesukaran.

 

Semoga program ini bukan sahaja dapat meringankan beban penerima, malah menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat.

 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, para penyumbang serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.

 

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal soleh yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk