Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.
Ketiadaan tandas dan air bersih menyebabkan ank-anak tahfiz serta jemaah warga emas terpaksa berjalan jauh meninggalkan kawasan masjid semata-mata untuk mencari kemudahan asas.
Memahami rintihan dan penderitaan ini, MyCARE dengan kerjasama Humanity Abdi Indonesia (HAI) mengambil langkah pantas menyalurkan dana bagi membina semula fasiliti sanitasi yang lengkap.
Menerusi projek yang siap sepenuhnya pada 3 Ogos 2026 ini, sebuah tangki simpanan air berkapasiti 1,000 liter, sistem paip baharu, dan tandas kini sedia digunakan oleh jemaah harian.
Kini, anak-anak dapat meneruskan hafalan Al-Quran dan jemaah mampu beribadah dengan penuh ketenangan serta menjaga kebersihan diri secara bermaruah.
Inisiatif memulihkan sumber air bersih dan sanitasi tempat ibadah kekal menjadi keutamaan kritikal dalam operasi kemanusiaan MyCARE di Gaza.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami tujukan kepada Humanity Abdi Indonesia (HAI) yang bersama MyCARE menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Moga setiap ganjaran pahala mengalir tanpa henti bersama air bersih yang dimanfaatkan oleh jemaah di sana.
Jom bantu di: