Laporan MyQurbani 2026

Alhamdulillah, MyQurbani 2026 berjaya dilaksanakan bagi tahun ke-28 hasil sokongan anda semua.

 

Sepanjang kempen ini, sebanyak RM2.33 juta berjaya dikumpulkan dan ibadah qurban serta akikah telah dilaksanakan di 13 negara termasuk Malaysia.

 

Sebanyak 149 ekor kerbau, 542 ekor lembu dan 1,289 ekor kambing telah disembelih, memberi manfaat kepada 18,656 keluarga bersamaan 98,314 penerima.

 


 

 

 

 

Bagi Pakej Daging Sejuk Beku, agihan kepada pelarian Palestin di Lubnan dijangka bermula pada September hingga Oktober 2026.

 

Manakala Pakej Daging Tin Gaza kini sedang diproses dan akan dihantar ke Gaza. Sebanyak 434 bahagian Sedekah Daging Gaza bersamaan 9,548 tin daging turut berjaya dikumpulkan untuk menyokong usaha ini.

 

 

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua peserta dan penyumbang. Semoga setiap ibadah qurban dan akikah diterima Allah SWT serta menjadi asbab kebahagiaan buat ribuan keluarga yang memerlukan.

 

Jumpa lagi di MyQurbani 2027, insya-Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan

Kunjungan Global Ehsan Relief ke MyCARE

MyCARE berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Global Ehsan Relief ke Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan bagi mengadakan sesi diskusi dan pertukaran pandangan

Mata protestik baharu untuk Adam

Sebuah projek MyCARE di Gaza menyediakan mata prostetik kepada kanak-kanak bernama Adam.   Disebabkan pembedilan tanpa henti ke atas Gaza selama lebih 1,000 hari dengan