Kunjungan Global Ehsan Relief ke MyCARE

MyCARE berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Global Ehsan Relief ke Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan bagi mengadakan sesi diskusi dan pertukaran pandangan berhubung potensi kerjasama strategik dalam bidang kemanusiaan.

 

Delegasi Global Ehsan Relief diketuai oleh Pengarah Perkongsian Strategik & Pembangunan, En. Fadhli Burhan, bersama En. Mohd Rafiq Ravi Abdullah daripada bahagian Projek serta En. Muhammad Abdullah Abdul Wahab Ishari daripada Global Ehsan Academy.

 

Pihak MyCARE pula diwakili oleh Pengurus Projek, En. Noorsyazly Rameli, Pengurus SCOPE, En. Shahrir Fitri Nazri dan Eksekutif Kanan Projek, En. Muhamad Afiq Zharif Abd Aziz.

 

Perbincangan memfokuskan kepada peluang kerjasama dalam memperkasa kapasiti organisasi kemanusiaan menerusi latihan Core Humanitarian Standard (CHS), SPHERE serta pengurusan dan penanganan bencana.

 


 

 

 

 

 

Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi kolaborasi dalam pelaksanaan program penajaan umrah untuk anak-anak yatim, pembinaan rumah pasca gempa bumi di Mindanao serta bantuan musim sejuk untuk penduduk di Gaza.

 

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat antara kedua-dua organisasi, sekali gus membuka lebih banyak ruang kerjasama dalam memperkukuh usaha kemanusiaan dan menyampaikan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan di peringkat serantau serta antarabangsa.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa

Agihan bakul sayuran & buah segar

Sanggupkah seorang ibu melihat anak kecilnya menangis kebuluran tanpa khasiat sayur segar berbulan lamanya?   Data rasmi agensi tempatan menunjukkan lebih 85% tanah pertanian di