Malapetaka 15 Mei 1948

An-Nakbah bermula pada tahun 1948, rentetan daripada pengisytiharan negara Israel. Secara paksa, lebih 750,000 rakyat Palestin dihalau keluar dari kampung halaman mereka, manakala ratusan bandar serta desa dihancurkan sepenuhnya.

 

Bagi rakyat Palestin, tarikh 15 Mei 1948 tidak hanya soal kehilangan tanah, tetapi bermulanya era pelarian berskala besar.

 

Ramai yang keluar sehelai sepinggang, hanya membawa kunci rumah dengan harapan perang akan tamat dalam sehari dua dan mereka boleh pulang.

 

Namun, “sehari dua” itu kini telah mencecah lebih 78 tahun.

 


 

 

 

 

 

Nakbah masih berterusan. Selagi ada tembok yang memisahkan keluarga, selagi ada anak kecil yang membesar di celah runtuhan, Nakbah tetap menjadi realiti yang harus dihadapi penduduk Palestin.

 

Namun, keberanian rakyat Palestin yang tidak pernah menyerah membuktikan bahawa semangat mereka jauh lebih besar daripada penindasan.

 

Kita tidak sekadar mengenang tragedi, kita berdiri menyokong sebuah kebangkitan yang tidak akan terhenti sehingga keadilan dan kebebasan kembali menjadi milik mereka.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Yaman

Lebih sedekad konflik yang berterusan di Yaman telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jutaan kanak-kanak dan keluarga. Mereka bergelut untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan,

Seorang penaja. sebuah harapan

Setiap anak berhak membesar dengan kasih sayang, pendidikan dan kehidupan yang sempurna.Namun bagi ribuan anak yatim di Palestin, mereka terpaksa membesar dalam suasana peperangan, kehilangan

Projek telaga air bantu rakyat Gaza

Alhamdulillah, melalui Projek Kecemasan Pemulihan Infrastruktur Air, MyCARE telah berjaya menyiapkan sebuah telaga air baharu berkapasiti sederhana di kawasan Al-Amn Al-Aam, Utara Gaza.   Projek