Penghargaan daripada keluarga tajaan di Palestin

MyCARE ingin berkongsi bahawa keluarga arwah Abdul Karim Ibrahim Al Zaitona telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penaja yang telah tampil menghulurkan bantuan kepada mereka melalui Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Plaestin.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam ke atas kamu,

Dari lubuk hati yang paling dalam, kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga, dan penghargaan kepada anda, orang yang pemurah dan telah memberi untuk membawa kebahagiaan dan kegembiraan ke hati kami selama masa susah ini. Sokongan anda telah banyak membantu dalam memenuhi perbelanjaan hidup harian dan keperluan perubatan, khususnya untuk isteri kepada arwah, yang menghidap tekanan darah tinggi, sakit jantung dan arthritis lutut.

Kesimpulannya, apa yang boleh kami lakukan hanyalah mendoakan kesihatan anda yang berterusan dan sejahtera. Semoga Allah merahmati anda dan membalas jasa baik anda.

Keluarga Arwah,
Abdul Karim Ibrahim Al Zaitona

Tajaan yang diberikan telah banyak membantu meringankan beban keluarga ini, khususnya dalam menampung kos keperluan harian serta rawatan perubatan isteri arwah yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan arthritis lutut.

Bantuan yang diterima bukan sahaja memberi kelegaan dari segi kewangan, malah membawa sinar harapan dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehidupan.

Keluarga ini mendoakan agar semua penyumbang dan penaja dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan hidup serta dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Terima kasih kepada semua yang terus menyokong dan menyebarkan kebaikan kepada keluarga-keluarga Asnaf di Palestin

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan