Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian dan kawasan yang musnah akibat konflik, mereka tetap menyambut Ramadan dengan penuh kesabaran dan harapan.

 

Pada Ramadan yang lalu, satu lagi tajaan Iftar di bawah Pakej Istimewa Iftar telah berjaya dilaksanakan Al-Swayda’a Camp, Marib Governorate, Yaman, yang memberi manfaat kepada 1,400 penerima.

 

Hidangan Pek Iftar ini merupakan tajaan daripada para dermawan MyCARE.

 


 

 

 

 

Sebanyak 1,400 hidangan berbuka puasa telah disediakan dan diagihkan kepada keluarga pelarian serta komuniti yang terjejas akibat peperangan di kawasan tersebut.

 

 

Semoga setiap hidangan yang mengenyangkan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan buat para penaja dan menjadi asbab kebaikan yang berlipat ganda di sisi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah