Rose2Rose susun perancangan 5 tahun

Pada awal tahun ini, pasukan Rose2Rose telah mengadakan retreat tahunan selama 2 hari sebagai ruang perbincangan strategik bagi merangka hala tuju organisasi untuk tahun ini serta perancangan lima tahun akan datang, insya-Allah.

 

Retreat ini menjadi platform untuk kami menilai pencapaian, memperkemas strategi, dan menyusun langkah yang lebih tersusun agar setiap usaha yang dilaksanakan dapat memberi impak yang lebih meluas dan berkesan. Fokus kami adalah untuk memperkukuh struktur organisasi, memperluaskan jaringan kerjasama, serta meningkatkan keberkesanan program bantuan yang dijalankan.

 

Antara inisiatif dan projek besar yang turut dibincangkan termasuk:

 

Women & Children Empowerment Centre
Anak Angkat Bestari (AAB)
Gift of Smiles (GOS)
Walk4Humanity
Home of Hope & Love for the Orphans

 

…dan pelbagai lagi perancangan yang dirangka demi memperluaskan manfaat kepada masyarakat.

 


 

 

 

 

 

 

Dengan perancangan yang lebih jelas dan komitmen yang berterusan, besar harapan kami agar Rose2Rose dapat terus berkembang serta memperluaskan penyaluran bantuan kepada golongan yang memerlukan, khususnya wanita dan kanak-kanak yang terkesan akibat konflik dan bencana di seluruh dunia.

 

 

 

Semoga segala usaha yang dirancang ini dipermudahkan dan dapat direalisasikan dengan sokongan semua pihak.

 

Terima kasih atas sokongan berterusan anda semua.

 

Mari bersama kami dalam usaha memperkasa wanita dan kanak-kanak yang terkesan oleh konflik dan bencana global.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah