Tahun ketiga MyCARE x KPKT

Alhamdulillah, buat tahun ketiga, MyCARE sekali lagi diberi kepercayaan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk melaksanakan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB).

 

Ringkasnya, PEKB adalah sebuah inisiatif yang bertujuan memperkasa komuniti bandar melalui latihan, bimbingan dan sokongan keusahawanan.

 

Kepercayaan ini bukan sekadar mandat, ia adalah bukti kesinambungan impak dan keupayaan MyCARE dalam membangunkan komuniti secara mampan:

 

2023 – Sandakan, Sabah (35 peserta)
2025 – Bintulu dan Miri, Sarawak (75 peserta)

 

Dan alhamdulillah, tahun ini (2026), PEKB diteruskan di Besut, Terengganu. Sedikit sebanyak ianya telah menyemai harapan baharu buat komuniti bandar di Besut, Terengganu untuk bangkit, berdikari dan membina kelangsungan hidup melalui pemerkasaan ekonomi.

 


 

 

Sepanjang 14 – 31 Januari, MyCARE telah menjalankan bancian ke atas lebih 100 isi rumah dari senarai ekasih yang dibekalkan oleh pihak KPKT . Tujuannya bagi mengenal pasti peserta yang benar-benar layak, berminat dan bersedia memberi komitmen sepenuhnya terhadap program ini.

 

Hasil saringan rapi, 60 nama telah dihantar kepada pihak KPKT untuk semakan dan kelulusan. Daripada jumlah tersebut, 40 peserta terpilih telah diberi kuota untuk menerima latihan, peralatan, pemantauan serta bimbingan berfasa.

 

 

Tahniah kepada semua yang layak dan terpilih! Semoga PEKB menjadi titik mula kepada perubahan hidup yang lebih stabil, berdaya tahan dan berdaya saing.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk