Pek makanan di kem Jenin

MyCARE telah menyalurkan bantuan Winter Relief kepada keluarga pelarian Palestin di kem Jenin, Tebing Barat dalam bentuk pek makanan asas.

 

Bantuan ini bertujuan memastikan keluarga yang terjejas konflik, tekanan ekonomi dan sekatan pergerakan mempunyai bekalan makanan mencukupi ketika cuaca semakin sejuk dan peluang mencari rezeki semakin terhad.

 

Mereka ini berdepan realiti yang sangat berat, termasuk kemiskinan berterusan, kehilangan mata pencarian, sekatan pergerakan, serbuan keselamatan yang kerap, serta kos hidup yang semakin meningkat.

 

Pek makanan yang diagihkan merangkumi keperluan harian seperti beras, tepung, minyak masak, gula, kekacang dan bahan makanan asas lain untuk membantu keluarga bertahan sepanjang musim sejuk. Bagi ramai penerima, bantuan ini bukan sekadar makanan, tetapi jaminan bahawa anak-anak mereka tidak perlu tidur dalam kelaparan di tengah keadaan yang tidak menentu.

 


 

 

 

 
Tonton video
 

Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus berdiri bersama rakyat Palestin. Sokongan anda menjadikan setiap pek makanan sebagai simbol keprihatinan, maruah dan harapan buat keluarga di kem Jenin yang sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan.

 

Salurkan infaq MyRamadan anda di:

 

ATAU

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

 

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk