[TOV] MyCARE Terengganu bersama UniSZA

Seramai 67 orang peserta telah menyertai Latihan Training of Volunteers (TOV) yang berlangsung di Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) , Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

 

Perkara utama dalam sesi latihan ini adalah peserta dapat mengetahui lebih mendalam tentang MyCARE dan peranan yang boleh diceburi ketika menjadi sukarelawan bersama MyCARE.

 

Tambahan topik berkenaan Core Humanitarian Standard (CHS) dan Child Safeguarding Policy menambah pengetahuan sukarelawan dalam mematuhi 9 komitmen piawaian kemanusiaan di peringkat antarabangsa, kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana serta cara terbaik ketika menyantuni golongan kanak-kanak.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Latihan ini bertujuan memperkukuh kefahaman, disiplin dan kesiapsiagaan sukarelawan agar lebih bersedia untuk turun ke lapangan dengan nilai kemanusiaan, integriti dan profesionalisme.

 

Setiap sukarelawan bukan sekadar hadir, mereka sedang dipersiapkan untuk berkhidmat dengan lebih berkesan, beretika dan berimpak kepada masyarakat.

 

Semoga kita bertemu di lapangan!

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah