Penduduk Gaza yang kehilangan rumah akibat peperangan kini terpaksa berlindung dalam khemah dan bangsal sementara yang sangat uzur.
Kebanyakan tempat perlindungan ini bocor, koyak dan tidak mampu melindungi mereka daripada hujan lebat, angin kuat dan kesejukan malam. Tanpa kanvas tarpaulin yang mencukupi, keluarga terpaksa tidur dalam keadaan basah, sejuk dan terdedah kepada risiko penyakit.
Kanvas tarpaulin bukan sekadar kain penutup. Ia akan digunakan sebagai “dinding” dan “bumbung” sementara bagi mereka yang kehilangan segalanya.
Dengan menyumbang untuk kanvas tarpaulin, anda membantu menyediakan perlindungan asas agar keluarga di Gaza dapat berteduh dengan lebih selamat.
Setiap sumbangan anda adalah pelindung yang menyelamatkan nyawa.
Ayuh bersedekah sekarang:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
Bersama kita bina semula Gaza.
EDU TRIP 2026: Pendidikan Tanpa Sempadan
Setiap anak berhak merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Melalui program Edu Trip 2026, anak-anak yatim dan asnaf yang merupakan Pelajar Learning Centre MyCARE