Di saat ratusan keluarga masih terkesan akibat banjir, MyCARE terus turun ke lapangan membawa sedikit senyuman dan kelegaan buat mereka yang berlindung di PPS di SK Parit Mahang, Kuala Selangor.
MyCARE telah mengagihkan 450 pek roti 7Days dan permainan kanak-kanak kepada 464 mangsa dari 116 keluarga yang sedang berdepan hari-hari mencabar di pusat pemindahan. Buah tangan untuk para petugas juga turut dikongsikan bersama.
Terima kasih kepada Ketua Kampung, En. Azhari Arshad yang sudi menerima kunjungan kami. Terima kasih juga kepada para penyumbang yang terus menyokong misi kemanusiaan ini. Setiap sumbangan anda benar-benar memberi makna.
Sepucuk Surat, Sejuta Harapan Daripada Anak Yatim Syria
Makanan, kit kebersihan, pakaian dan yuran pendidikan merupakan antara keperluan penting yang diperlukan oleh anak-anak yatim di Syria.Di sebalik kehidupan yang penuh cabaran, mereka tetap