Bantuan bakul makanan Gaza

MyCARE melalui kerjasama Al-Khair Foundation telah mengagihkan 300 pek bakul makanan kepada keluarga yang paling terjejas di Utara Gaza, Deir Al-Balah dan kawasan sekitar sepanjang Oktober 2025.

 

Setiap pek makanan ini cukup untuk menampung keperluan asas sebuah keluarga selama 2 hingga 3 minggu mengandungi tepung, beras, minyak, gula, makanan dalam tin dan barang dapur penting lain yang benar-benar mereka perlukan untuk bertahan.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Bantuan ini telah sampai kepada:

 

– Keluarga pelarian yang kini tinggal di pusat perlindungan
– Ibu tunggal yang tiada sumber pendapatan
– Warga emas dan orang kelainan upaya yang tidak mampu keluar mencari bantuan
– Rumah yang tidak menerima bantuan daripada agensi lain

 

Alhamdulillah, ia memberi peluang untuk sekurang-kurangnya satu hidangan yang pasti setiap hari bagi 1,800 individu terutama kanak-kanak yang kini terdedah kepada kekurangan nutrisi.

 

Setiap pek makanan yang tiba di tangan mereka adalah sebuah harapan. Harapan bahawa masih ada saudara jauh yang tidak pernah melupakan Gaza.

 

Terima kasih kerana terus menjadi nadi perjuangan kemanusiaan ini. Semoga setiap rezeki yang dikongsi menjadi penyambung kehidupan buat mereka yang sedang bertahan dalam ujian yang tidak berpenghujung.

 

Bantuan boleh disalurkan melalui pautan berikut:

 

ATAU terus ke akaun:

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592

 

Hantarkan bukti sumbangan anda ke email account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang