Tabung Kecemasan Gempa Afghanistan

Angka korban gempa bumi kuat yang melanda timur Afghanistan pada hujung minggu lalu meningkat mendadak kepada lebih 2,200 orang, menjadikannya yang terburuk dalam tempoh beberapa dekad.

Penduduk terus berdepan kekurangan bekalan bantuan berikutan banyak kawasan terjejas. Pada masa sama penduduk di negara itu terus diancam kebimbangan berikutan kejadian gempa masih berlaku.

Dengan gegaran susulan yang terus berlaku, penduduk berdepan kesukaran mendapatkan makanan, tempat perlindungan dan rawatan perubatan asas.

Penduduk di beberapa perkampungan seperti Bambakot kini terpaksa berlindung di bawah khemah kerana bimbang untuk kembali ke kediaman yang rosak akibat gegaran.

MyCARE menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu mangsa gempa bumi Afghanistan. MyCARE dengan kerjasama rakan NGO di Afghanistan sedang menyusun bantuan kemanusiaan secara berperingkat bagi membantu mangsa gempa disana.

Salurkan sumbangan anda di:

https://mycare.qrd.by/afghanistan

ATAU

Sumbangan segera:
CIMB: 8603 260 389
(Humanitarian Care Malaysia Berhad)
Rujukan: Gempa Afghanistan

Hantarkan bukti sumbangan anda ke email account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.