Trump Don’t Come

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangkakan ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak Asean 2025.

 

Mengalu-alukan kedatangan Trump ke Malaysia bukan sahaja tidak wajar, malah amat menghina.

 

Mengapa?

 

Trump memberi sokongan tanpa syarat terhadap genosid berterusan Israel di Gaza.

 

Wang, kelengkapan ketenteraan dan perlindungan diplomatik terus disalurkan oleh Trump bagi menggerakkan genosid, termasuk menyebabkan jutaan rakyat Palestin yang tidak berdosa kebuluran.

 


 

 

 

 

 

Pelan Damai Trump membayangkan pengilhakan rasmi wilayah Palestin yang diduduki serta membenarkan penempatan haram.

 

Trump juga memotong dana penting kepada Agensi Bantuan dan Kerja Raya PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

 

Trump secara unilateral mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS ke sana.

 


 

 

 

 

 

 

Trump turut menjadi perantara Perjanjian Abraham yang menormalisasikan hubungan Israel dengan beberapa negara Arab tanpa menuntut penamatan penjajahan atau perlindungan hak Palestin.

 

Trump bukanlah seorang pendamai, sebaliknya pendokong apartheid dan keganasan.

 

Tidak perlu karpet merah untuk Trump.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Walk For Humanity 2026 Kuantan

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh jayanya program Walk For Humanity 2026 di IIUM Kuantan. Terima kasih buat seluruh warga Kuantan yang telah hadir bagi memeriahkan

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO