Hi-Tea kemanusiaan sempena MRT 3.0 Negeri Sembilan Penuh Bermakna

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan kerjasama komuniti setempat telah menganjurkan Hi-Tea Kemanusiaan: Bersamamu Palestin bertempat di Dewan Tertutup SRI Al Amin, Nilai.

 

Program ini disertai oleh 130 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

 

Tetamu Individu dan organisasi dari MyCARE, IKRAM, Muslimah Bandar Enstek, Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan lain-lain telah hadir dan menyumbang kepada Hi Tea Bersamamu Palestin ini.

 

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keadaan terkini di bumi Palestin, menggerakkan solidariti kemanusiaan, serta mengumpul dana untuk Tabung Kecemasan Palestin bagi membantu mangsa konflik di sana.

 


 

 

 

 

 

 

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengurus MyCARE Negeri Sembilan, Haji Hasri Wazir yang menyatakan penghargaan kepada semua tetamu dan penyumbang yang hadir.

 

Antara pengisian menarik sepanjang program ialah persembahan khas oleh Adik Sofia, forum kemanusiaan bersama Dr. Hafidzi Mohd Nor, Saudari Heba A.M. Shehad dan Prof Ts Dr. Norita Md Norwawi, pameran visual berkaitan Palestin serta jualan produk-produk Palestin.

 

Majlis dimeriahkan lagi dengan aktiviti lelongan amal untuk mengisi Tabung Palestin.

 

 

 


 

 


 

 

Dalam majlis yang sama, Pengurus Besar Operasi MyCARE, Puan Roha Hassan telah memaklumkan bahawa MyCARE telah menyalurkan RM210 juta kepada mereka yang diuji bencana alam, krisis kemanusiaan, peperangan dan miskin tegar di 25 buah negara sejak tahun 2010.

 

Sejak 7 Oktober 2023, MyCARE telah menyalurkan lebih RM22 juta ke Gaza dengan anggaran RM1 juta sebulan.

 

Pihak MyCARE turut berkongsi bahawa sepanjang siri MyCARE Road Tour 3.0, sokongan masyarakat Negeri Sembilan amat memberangsangkan dan hasil kutipan dana akan disalurkan terus untuk bantuan kecemasan dan anak-anak yatim di Palestin.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju