[PalestinDiserang] MyCARE bantu selesaikan yuran

Di Gaza, ramai graduan muda yang sudah bertahun-tahun menamatkan pengajian tetapi masih belum graduasi. Bukan kerana mereka gagal, tetapi kerana mereka tidak mampu melangsaikan baki yuran pengajian. Tanpa sijil graduasi, peluang untuk memohon pekerjaan, menjalani latihan industri atau menyambung pelajaran tertutup rapat.

 

Melalui inisiatif A Step Towards Hope, MyCARE telah membantu 51 orang graduan lelaki dan wanita University College of Applied Sciences (UCAS) di Gaza untuk melangsaikan tunggakan yuran mereka dengan tunggakan USD 400 setiap seorang. Dengan jumlah sumbangan sebanyak USD 20,000, setiap penerima kini mampu menerima sijil graduasi yang telah lama tertangguh.

 

 

 

 

 

 

Bantuan ini bukan sekadar dokumen rasmi, tetapi kunci kepada masa depan. Ia membuka jalan untuk mereka memohon pekerjaan di pasaran tempatan, serantau dan dalam talian (online), menyambung pengajian pascasiswazah, dan memberikan kembali harapan yang hampir padam akibat sekatan dan kemelesetan ekonomi perang.

 

Contohnya, syarikat tempatan atau agensi kerajaan menawarkan jawatan kosong, NGO antarabangsa memerlukan kakitangan, agensi televisyen antarabangsa memerlukan pekerja, atau pekerjaan online, semua ini memerlukan dokumen graduasi yang sah.

 

 

Seorang graduan wanita dari Khan Younis berkata, “Terima kasih kerana memulangkan semula harapan saya.”

 

Terima kasih rakyat Malaysia! Setiap sumbangan anda bukan sekadar membayar yuran, tetapi membuka pintu masa depan dan mengubah hidup seseorang.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah

Peluang akhir sertai MyQurbani

Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24

Terima kasih semua!

Dipintas dan diculik bukan bererti misi ini gagal.   Perjuangan ini akan terus diwarisi dari generasi ke generasi untuk mencabar kuasa-kuasa besar yang menindas.