[PalestinDiserang] Anggota palsu bantu teruskan kehidupan

Di Gaza, serangan berterusan bukan sahaja meragut nyawa tetapi turut menghancurkan kehidupan.

 

Ayah, ibu, guru, buruh dan peniaga kini hidup tanpa anggota badan. Mereka bukan sahaja menanggung kesakitan fizikal, malah hilang keupayaan mencari rezeki dan menjaga keluarga.

 

Dengan tajaan dari Media Prima Berhad, MyCARE bersama rakan pelaksana sedang menjalankan projek pemberian anggota palsu (prostetik) untuk penduduk Palestin yang kehilangan kaki atau tangan akibat peperangan.

 

Hiba Abu Zaid, merupakan salah seorang daripada 50 orang penerima manfaat, kini mampu berdiri semula.

 

Ini bukan sekadar tentang kaki dan tangan gantian. Ini tentang memberi mereka kembali kebebasan untuk bergerak, bekerja, dan membina semula hidup.

 


 

 

 

 

 

 

Setiap langkah kecil yang mereka ambil selepas ini adalah hasil sumbangan anda semua. Teruskan menyokong usaha pemulihan di Gaza.

 

Projek ini adalah sebahagian daripada R2R Prosthetic Limbs Project yang mendapat dana daripada Media Prima, ia merupakan projek yang diketengahkan dan menjadi objektif utama program larian amal Walk4Humanity yang dianjurkan oleh Rose2Rose pada September 2024.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000