[MisiKemanusiaanMyCARE] Sebiji belon, Segaris senyuman, Sejuta Pengajaran

Sebiji belon mungkin kecil, tapi mampu melakar segaris senyuman, dan menyimpan sejuta pengajaran yang abadi.

 

Dalam kunjungan kami ke Kemboja baru-baru ini, kami disambut dengan senyuman tulus anak-anak yatim dan asnaf yang cukup gembira hanya dengan sebiji belon.

 

Tanpa gajet canggih atau permainan mahal, mereka tetap ceria, tertawa, dan bermain riang.

 

Moment ini mengajar kami satu perkara besar iaitu erti sebenar kesyukuran.

 

 

Kadangkala kita lupa, kebahagiaan itu datang dari hati yang tahu menghargai walau sekecil-kecil nikmat.

 

Dan anak-anak ini, dengan mata bersinar dan tawa yang ikhlas, menjadi guru terbaik kami hari itu.

 

Terima kasih rakyat Malaysia yang terus menyokong misi kemanusiaan MyCARE.

 

Setiap sen yang anda sumbangkan, mengukir bahagia di wajah mereka.

 

Taja anak yatim dan asnaf secara bulanan atau tahunan di sini:

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah