[MisiKemanusiaanMyCARE] Madrasah Al-Ehsan Al-Islamiyah, Bulacan, Filipina Tajaan MyCARE

Di tengah komuniti Muslim minoriti di Bulacan, Filipina, sebuah institusi pendidikan Islam yang sederhana telah menjadi tempat untuk anak-anak kecil belajar agama.

 

Mereka datang dari jauh dan dekat kerana ia adalah satu-satunya madrasah untuk anak-anak di Bulacan belajar Al-Quran dan hadis, fardhu ain, aqidah, akhlak dan ilmu-ilmu yang lain selepas kelas-kelas formal di sekolah.

 

Madrasah ini berdiri hasil sokongan rakyat Malaysia melalui organisasi kemanusiaan MyCARE yang menaja pembiayaan operasinya sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan pendidikan untuk golongan yang memerlukan.

 


 

 

 

 

Sokongan MyCARE: Dari Malaysia ke Filipina

 

MyCARE, melalui sumbangan para penderma di tanah air telah menyalurkan tajaan dari masa ke semasa yang merangkumi;

 

1. Tanah dan bangunan:
Madrasah ini dibina di atas sekeping tanah dan bangunan yang ditaja oleh rakyat Malaysia melalui MyCARE

 

2. Elaun guru:
Memberi penghargaan kepada asatizah tempatan yang mengajar dari masa ke semasa

 

3. Buku dan bahan bantu mengajar:
Alatan bantuan mengajar untuk madrasah ini disediakan untuk memudahkan para asatizah dan pelajar memahami dengan lebih baik setiap ilmu yang dicurahkan

 

4. Pembaikan infrastruktur: Menambah baik ruang pembelajaran agar lebih selesa dan selamat

 

5. Program untuk pelajar:
Antaranya program motivasi, majlis penghargaan pelajar, majlis sambutan Hari Raya dan lain-lain

 

Alhamdulillah, antara objektif kunjungan team Misi kemanusiaan MyCARE 2025 ke Bulacan, Filipina adalah untuk menyantuni para asatizah dan pelajar dengan berukhuwwah dan penyerahan elaun kepada para asatizah.

 


 

 

 

Team MyCARE telah menyaksikan sendiri keazaman para guru yang mengajar dan kesungguhan anak-anak menuntut ilmu melalui kunjungan baru-baru ini.

 

Rakyat Malaysia boleh meneruskan bantuan kepada pelajar dan guru-guru melalui Tabung berikut.

 

Klik sini untuk menyumbang:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju