[PalestinDiserang] Freedom Flotilla Coalition: Kami Perlukan Anda Sebagai Suara Kami

Temui beberapa orang ahli panel, sukarelawan dan penyokong FFC yang bakal menyertai kami melancarkan misi kapal Madleen yang bakal berlayar dalam tempoh beberapa hari lagi bagi memecahkan kepungan haram Israel ke atas Gaza.

 

Malangnya hampir tidak ada satu pun liputan media.

 

Kami menggesa pihak media dan para pendukung misi kemanusiaan untuk menyertai kami di Catania, Sicily. Liputan dan solidariti anda dalam saat-saat kritikal ini membantu kami untuk memastikan keterjaminan keselamatan perjalanan kami.

 

Ayuhlah berarak bersama kami. Ayuhlah kuatkan suara sokongan bersama kami.

 


 

 

 

 

 

Tunjukkan kepada dunia bahawa kita semua tidak akan mampu dibisukan. Kami perlukan anda untuk terus berkongsikan misi kami.

 

Jadikan ia mustahil bagi setiap ahli politik, bagi Kesatuan Eropah dan bagi seluruh media untuk menutup mata terhadap penderitaan di Gaza.

 

Biarkan gema suara rakyat menggegarkan tembok kuasa mereka. Biarkan misi ini membakar hati nurani mereka. Biarkan detik ini terpahat dalam sejarah sebagai saat dunia tidak lagi berpaling.

 


 

 

 

 

 

Ikuti media sosial FFC atau MyCARE untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program dan misi yang akan dikongsikan nanti.

 

Untuk menyumbang kepada misi ini, klik https://mycare.qrd.by/misiflotillagaza

One comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan