Anak Yatim Syria Perlukan Bantuan

Foto-foto yang kami sediakan ini adalah wajah anak-anak yatim Syria yang diraikan dalam Program Iftar Perdana MyCARE, Ramadan baru-baru ini. Ada di antara mereka ditaja oleh MyCARE secara bulanan dan tahunan.

 

Seperti kita sedia maklum, situasi di Syria telah berubah, namun masih banyak bantuan diperlukan khususnya untuk anak-anak yatim.

 

Syria yang telah runtuh akibat krisis kemanusiaan memerlukan bantuan dari pelbagai sudut untuk dibangunkan kembali.

 


 

 

 

 

Kita boleh membantu anak-anak yatim Syria memiliki peluang lebih baik dari sudut perlindungan, pendidikan serta makan minum melalui projek Penajaan Anak Yatim Syria.

 

Kenapa Penajaan Anak Yatim Syria Penting?

 

1. Kehilangan Orang Tua Dan Keluarga
Konflik berpanjangan sebelum ini mengakibatkan anak-anak di Syria kehilangan orang tua mereka. Kehilangan ini memberi kesan yang sangat besar kepada mereka dari segi emosi, pendidikan, dan sokongan keluarga.

 

2. Krisis Kemanusiaan Yang Masih Berterusan
Banyak wilayah di Syria masih dilanda ketidakstabilan. Anak-anak di Syria terdedah kepada pelbagai ancaman, termasuk kekurangan makanan, penjagaan kesihatan, dan akses kepada pendidikan yang berkualiti.

 

3. Pendidikan Sebagai Kunci Masa Depan
Salah satu impak terbesar perang adalah pendidikan yang terganggu. Anak-anak yatim ini sering kali terpaksa meninggalkan sekolah dan berjuang untuk kelangsungan hidup.

 

Bagaimana Anda Boleh Membantu?

 

Dengan hanya RM190 sebulan, anda boleh membantu seorang anak yatim di Syria mendapatkan pendidikan, makanan yang berkhasiat, penjagaan kesihatan, dan keselamatan yang mereka perlukan untuk berkembang.

 


 

 

 

Taja anak yatim Syria secara bulanan atau tahunan di:

 

Atau salurkan sumbangan anda kepada anak yatim melalui:

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Malapetaka 15 Mei 1948

An-Nakbah bermula pada tahun 1948, rentetan daripada pengisytiharan negara Israel. Secara paksa, lebih 750,000 rakyat Palestin dihalau keluar dari kampung halaman mereka, manakala ratusan bandar

Pakej Pilihan Palestin

78 tahun berlalu sejak tragedi Nakbah 1948, namun luka rakyat Palestin masih belum sembuh. Hingga hari ini, jutaan warga Palestin terus hidup sebagai pelarian, dinafikan

Car boot sale @ Kota Damansara

Kami sedang mengumpul barangan terpakai untuk dijual di Kota Damansara seperti tarikh di poster.Barangan terpakai yang kami sasarkan ialah seperti: Perkakas rumahBeg atau handbagMainan kanak-kanak

Ikuti perjalanan flotilla secara rasmi

Empat kapal FFC dengan 30 peserta dari 12 negara telah memulakan pelayaran dari Sicily.Freedom Flotilla Coalition menyeru komuniti antarabangsa, masyarakat sivil, dan pihak media agar