Melakar Strategi Rose2Rose 2025

Tahun 2024 telah menjadi saksi kepada pelbagai pencapaian bermakna dalam usaha R2R, khususnya dalam membantu wanita dan kanak-kanak di negara yang bergolak dan sedang mengharungi cabaran hidup. Beberapa program utama dan inisiatif telah dijalankan, dari projek pendidikan hingga misi kemanusiaan, semuanya dengan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.

 

Sebagai persediaan menyambut lembaran baharu, Retreat Rose2Rose yang diadakan pada 28 – 29 Dis 2024, telah dirasmikan oleh pengerusi MyCARE, Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha untuk merangka langkah lebih mampan pada tahun 2025 dengan tema Towards a Caring and Just World.

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

Retreat R2R juga diinspirasikan lagi dengan perkongsian pengalaman 10 dekad Syria Care oleh Ustazah Siti Sakinah binti Meor Omar, pengerusi Syria Care.

 

R2R juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua aktivis, wakil R2R Johor dan Pahang yang sanggup hadir dari jauh untuk bersama-sama menjayakan retreat ini, serta R2R Kedah yang juga menjadi tulang belakang R2R sehingga kini.

 

Dengan semangat tahun baharu, kami percaya bahawa setiap langkah kecil bersama mampu mencipta perubahan besar.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan