Merealisasikan Impian Anak Bestari Rose2Rose

Sumbangan kewangan dan sebuah komputer riba telah disampaikan oleh wakil R2R Kedah, Puan Roshadah, kepada Nourelwjoud Muahid, seorang pelajar dari Sudan yang diterima melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Albukhary International University.

 

Universiti menanggung yuran pengajian dan penginapan, namun terdapat kos tambahan seperti yuran pendaftaran, orientasi, konvokesyen, dan deposit keselamatan yang perlu ditanggung oleh pelajar sendiri.

 


 

 

Melalui Projek Anak Bestari, Rose2Rose bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar seperti Nourel agar mereka dapat memulakan pengajian dengan lebih baik dan terus melangkah mencapai kejayaan.

 

Pendidikan adalah kunci untuk mengubah kehidupan dan membina masa depan yang lebih cerah.

 

Mari bersama kami membantu mereka dengan salurkan sumbangan kepada:

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602 135 592
Rujukan: R2R

 

“Nurturing Humanity, Making A Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah