Projek Baju Raya MyCARE

1,200 kanak-kanak miskin mendapat baju raya!
JUTAAN TERIMA KASIH kepada penyumbang MyCARE dari Malaysia, dari Nusantara dan serata dunia yang telah berkongsi rezeki dengan anak-anak ini.
Alhamdulillah, Projek Baju Raya MyCARE telah berjaya dilaksanakan untuk diberikan kepada keluarga-keluarga miskin. MyCARE telah mengambil inisiatif untuk mengupah penganggur yang mempunyai kemahiran menjahit bagi mengoptimumkan penghasilan dan penerima hadiah raya.








Lagi gambar-gambar di album Aqsa Syarif
Para penganggur ini telah dipilih dari kalangan keluarga miskin oleh MyCARE dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia Palestin.
Untuk makluman penyumbang, kadar pengangguran di Gaza adalah yang tertinggi di dunia, iaitu 41.2% di kalangan lelaki, dan 62.6% di kalangan wanita.
Dengan berkat sumbangan, 1,200 orang kanak-kanak miskin telah menerima baju raya yang telah diedarkan di beberapa check point. Menurut Ahmad Thabet, pengurus MyCARE Gaza, kualiti pakaian ini sangat memuaskan seperti pakaian import.
Beberapa orang kanak-kanak miskin juga dibawa ke kedai untuk memilih sendiri baju raya pilihan mereka.
Kami mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kempen MyRamadan ditutup. Jom bersama kami membantu mereka! Derma segera di https://www.billplz.com/myramadan
“Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah

Peluang akhir sertai MyQurbani

Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24

Terima kasih semua!

Dipintas dan diculik bukan bererti misi ini gagal.   Perjuangan ini akan terus diwarisi dari generasi ke generasi untuk mencabar kuasa-kuasa besar yang menindas.