[PalestinDiserang] Kem An-Nuseirat terima agihan air bersih

MyCARE Gaza dengan sokongan daripada Surau Pusat An-Nur Country Heights (SPANCH) telah berjaya melaksanakan projek agihan air minuman bersih kepada penduduk Kem Pelarian An-Nuseirat yang sedang mengalami krisis kekurangan air.

 

Projek ini menyediakan sebanyak 105,000 liter air bersih melalui 21 tangki air berkapasiti 5,000 liter setiap satu, memberikan manfaat kepada 21,000 individu di kem tersebut.

 

Di Gaza, akses kepada air bersih adalah cabaran besar terutamanya bagi penduduk di kem pelarian. Ramai penduduk bergantung kepada sumber air dengan kos yang mahal di mana ia tidak mampu ditanggung oleh kebanyakan keluarga.

 

Projek ini dirancang untuk mengurangkan beban kewangan mereka sambil memastikan mereka mendapat air yang selamat untuk diminum.

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

Alhamdulillah! Projek ini memberi kesan yang besar kepada kehidupan penduduk. Agihan air bersih ini bukan hanya memenuhi keperluan asas tetapi juga meningkatkan tahap kesihatan dengan mengurangkan risiko penyakit yang berpunca daripada air yang tercemar.

 

Penduduk meluahkan rasa syukur atas bantuan ini yang memberikan sedikit kelegaan dalam keadaan hidup yang sukar.

 

MyCARE berterima kasih kepada pihak SPANCH atas sokongan mereka dalam menjayakan projek ini. Kami juga menghargai kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat dalam memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

 

Walaupun projek ini memberikan kelegaan segera, keperluan untuk pelaburan jangka panjang dalam infrastruktur air kekal penting untuk memastikan bekalan air bersih yang berterusan.

 

Bersama, kita dapat membawa perubahan positif kepada mereka yang memerlukan.

 

Nurturing Humanity, Making a Difference.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan