[Banjir] Psikososial kanak-kanak di pusat pemindahan

MyCARE telah melaksanakan Misi Banjir Kedah bagi membantu mangsa yang terjejas akibat bencana banjir di kawasan tersebut.

 

Aktiviti ini melibatkan sokongan psikososial dan agihan bantuan asas bagi memastikan keperluan segera penduduk yang terkesan dapat dipenuhi.

 

Di Pusat Pemindahan Sementara SK Gunong, MyCARE telah menganjurkan aktiviti psikososial untuk 24 orang kanak-kanak dengan tujuan membantu mengurangkan trauma dan tekanan yang mereka alami.

 


 

 

 

 

 

 

Selain itu, agihan goodies untuk kanak-kanak dan roti 7DAYS turut disalurkan kepada 52 buah keluarga dengan jumlah keseluruhan 151 mangsa.

 

Baki goodies kanak-kanak dan roti 7DAYS seterusnya diagihkan di PPS SK Sri Gunong, yang melibatkan 88 buah keluarga dengan seramai 332 orang mangsa.

 

Bantuan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada keluarga yang terjejas.

 

Di PPS SMK T.S Indera Putera, MyCARE mengagihkan 20 pek beras kepada 12 keluarga yang melibatkan 38 mangsa.

 


 

 

 

 

Bantuan ini bertujuan memastikan bekalan makanan asas terus tersedia bagi mereka yang sedang berusaha untuk pulih daripada bencana ini.

 

Misi ini bukan sahaja bertujuan menyalurkan bantuan fizikal, tetapi turut memberi tumpuan kepada kesejahteraan emosi kanak-kanak yang merupakan antara golongan paling terkesan dalam situasi ini.

 

MyCARE percaya bahawa sokongan yang diberikan akan membawa sedikit kelegaan dan harapan kepada mangsa banjir dalam menghadapi saat-saat sukar.

 

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan menjayakan misi ini.

 

Bersama-sama kita mampu membantu mereka yang memerlukan dan membawa sinar harapan untuk masa depan yang lebih baik.

 

Nurturing Humanity, Making a Difference.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

EDU TRIP 2026: Pendidikan Tanpa Sempadan

Setiap anak berhak merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Melalui program Edu Trip 2026, anak-anak yatim dan asnaf yang merupakan Pelajar Learning Centre MyCARE

MyQurbani Aceh

“Setiap kali hujan turun, kami masih trauma jika banjir berlaku lagi. Kami belum pulih sepenuhnya daripada banjir yang lalu.” Demikian luahan Pak Ferdi, salah seorang

Projek Adopt a Hafiz

Ketika ramai kanak-kanak di Gaza berdepan kehilangan tempat tinggal, kemiskinan dan trauma peperangan, masih ada yang istiqamah menghadiri halaqah Al-Quran untuk menghafaz kalam Allah SWT.

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah