[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember 2024.

 

Seramai 17 orang sukarelawan turun membantu pada 6 Disember manakala tambahan 30 orang sukarelawan turun membantu pada 7 Disember untuk mengangkat barang-barang yang akan disumbangkan kepada mangsa banjir sekitar Tumpat dan kawasan lain yang turut terjejas baru-baru ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain itu, sukarelawan dari pertubuhan lain turut membantu pengagihan barangan sumbangan termasuk sukarelawan daripada Yayasan Ikram Malaysia, Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia negeri Kelantan dan Badan Kebajikan Al-Nur.

 

Barangan ini telah disumbangkan oleh GDRN, YayasanTM, Yayasan UEM, Yayasan Hasanah, RED A Humanitarian Development Global dan lain-lain.

 

Terima kasih kepada para sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah