[MyCARE X CNHS Thailand] 100 Pembedahan untuk Anak-Anak Gaza

MyCARE dengan sokongan dana daripada CHNS Thailand telah berjaya melaksanakan 100 pembedahan penting di Hospital Swasta Yafa. Projek ini memberikan harapan baharu kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan pembedahan khusus, terutamanya untuk keluarga yang tidak mampu menanggung kos pembedahan yang dianggarkan $137 bagi setiap kes.

 

Hospital Yafa kini berdepan dengan senarai menunggu yang panjang melibatkan 1,400 pesakit, kebanyakannya kanak-kanak. Sementara itu, hospital kerajaan terlalu sesak dengan kes kecemasan dan mangsa konflik perang menyebabkan kelewatan dalam pembedahan elektif.

 

Projek ini membantu mengurangkan tekanan tersebut dengan menyediakan pembedahan yang tepat pada masanya untuk mereka yang paling memerlukan.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Projek ini dilaksanakan dari 21 November hingga 1 Disember 2024 dengan memberi manfaat kepada 100 kanak-kanak melalui pelbagai kepakaran pembedahan pediatrik. Ia juga berjaya meringankan beban kewangan keluarga yang terbeban akibat kos rawatan yang tinggi, sambil memastikan hospital kerajaan dapat memberi fokus kepada kes kritikal.

 

MyCARE mengucapkan terima kasih kepada CHNS di Thailand atas sokongan yang luar biasa. Dengan bantuan ini, 100 kanak-kanak di Gaza kini mempunyai peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria.

 

MyCARE akan terus komited untuk menyediakan akses rawatan kesihatan penting kepada mereka yang memerlukan di kawasan terjejas konflik. Terima kasih CHNS kerana menjadi harapan kepada masa depan Gaza.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju