Misi flotila ke Gaza akan bermula!

Keadaan di Gaza semakin meruncing.

 

Tahap kebuluran akan mencecah lebih daripada 1 juta orang sekiranya gencatan senjata tidak dilaksanakan dan barang bantuan terus disekat.

 

Walaupun Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan resolusi gencatan senjata pada 25 Mac yang lalu. Namun, serangan ganas tetap terus berlaku.

 

Justeru, Freedom Flotilla Coalition (FFC) telah mengumumkan untuk menghantar 3 buah kapal untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza.

 

Kapal-kapal ini terdiri daripada satu kapal kargo dengan muatan bantuan berjumlah 5,500 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.

 

 

 

Flotila Break The Siege ini akan mula belayar pada pertengahan April 2024 (bulan Syawal ini).

 

Sebagai sebahagian daripada ahli FFC, MyCARE akan terlibat sama dalam misi antarabangsa ini.

 

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama kami menjayakan misi ini sebagai tanda solidariti kita bersama rakyat Palestin di Gaza.

 

Bagi anda yang ingin menyumbang dana kepada misi ini, KLIK butang di bawah

 

Ayuh kita lakar sejarah baru untuk negara Malaysia, membelah lautan menuju ke Gaza.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah