Jom Bayar Zakat Fitrah Melalui MyCARE

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah mendekati 10 malam terakhir yang teristimewanya berbanding dengan malam-malam yang lain di bulan Ramadan.
 
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadan melabuhkan tirainya.
 
Alhamdulillah, MyCARE pada tahun ini telah diberi kebenaran untuk mengutip Zakat Fitrah oleh pihak Lembaga Zakat Selangor.
 
Ayuh rakan-rakan, kita bayar Zakat Fitrah melalui MyCARE pada tahun ini. Zakat Fitrah tuan puan dapat membantu saudara-saudara kita yang kesusahan dan kurang bernasib baik.
 
Untuk tunaikan Zakat Fitrah dengan MyCARE, tuan puan boleh membuat bayaran ke akaun bank berikut:
 
Maybank
550510111825
Lembaga Zakat Selangor

 
Selepas membuat bayaran, tuan puan boleh kongsikan bukti bayaran ke nombor 019-645 9521 (en. Harith)
 
Tuan puan juga dikehendaki untuk kongsikan maklumat-maklumat berikut untuk tujuan pengeluaran slip bayaran Zakat Fitrah LZS.
 
Maklumat-maklumat yang diperlukan adalah :
 
1) Nama
2) No. Kad Pengenalan
3) Alamat
4) Nombor telefon
5) Email
6) Jenis Zakat
 
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor di atas juga.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000