[PalestineDiserang] Rangkuman Bantuan Kecemasan Gaza Setakat 1 Mac 2024

Alhamdulillah hasil sumbangan tuan/puan, setakat 1 Mac 2024 MyCARE telah berjaya menyalurkan bantuan kecemasan bernilai RM7.24 juta kepada lebih 180,000 orang rakyat Palestin di Gaza.

 

Bantuan ini telah dibahagi dan disalurkan melalui 6 fasa dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan bantuan dapat disampaikan dengan kadar segera kepada penduduk Gaza yang memerlukan.

 

Selain agihan oleh Pejabat MyCARE di Gaza, kami juga telah bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia melalui inisiatif Ops Ihsan untuk menghantar bantuan melalui perantaraan kerajaan Mesir.

 

Bagi mempercepatkan lagi penyaluran bantuan perubatan ke hospital-hospital di Gaza, khususnya di Rafah dan Khan Younis, kami telah bekerjasama dengan Medics Worldwide, sebuah badan yang berpangkalan di Turkiye dan mempunyai pengalaman luas serta kepakaran dalam aspek ini.

 

 

Kami juga telah bekerjasama dengan gabungan Miles of Smiles (MoS) untuk membekal dan menyalurkan 500 buah khemah dan 5,000 set tilam, bantal dan selimut ke Gaza untuk keperluan pelarian Palestin yang sedang berlindung di Rafah pada ketika ini.

 

Terbaru, MyCARE telah berjaya melaksanakan Projek Telaga Air Solar di Jabaliya, utara Gaza dengan kerjasama Salam Society. Projek ini mampu membekalkan 50,000 liter air bersih sehari kepada 1,500 keluarga di sana.

 

Laporan untuk semua penyaluran ini boleh didapati di platform media sosial MyCARE.

 

Jemput like dan subscribe media sosial MyCARE untuk maklumat terkini bantuan kami di Gaza.

 

Terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan tuan/puan.

 

Teruskan menyokong inisiatif-inisiatif kemanusiaan MyCARE di:

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan