MyRamadan: Iftar bersama Warga Emas

Kami Skuad MyCARE baru selesai tinjau lokasi untuk program iftar bersama warga emas hari Sabtu ini. Kami melihat rata-rata dari penghuni di sini sedang memandang ke luar melihat orang lalu lalang. Kami dapat merasai kesunyian dalam hati mereka. Seusai tiba, dengan ramah mereka sambut kedatangan kami.
 
Ayahanda dan bonda sampaikan pesan pada kami yang mereka sudah tak sabar nak jumpa dan beraktiviti Sabtu ini. Kita akan adakan sesi bercerita dan aktiviti psikososial juga bersama mereka.
 
Orang ramai yang ingin menyumbang dan menaja menu berbuka, boleh sama-sama menyumbang ke:
https://mycare.qrd.by/myramadanvol
 
Butiran program:
Tarikh: 16 Mac 24 (Sabtu)
Masa: Bermula 2 petang hingga maghrib
Tempat: Pusat Jagaan Al Fikrah, Kajang
 
Ayuh, kita gembirakan ayahanda dan bonda serta imarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kesukarelawanan!
 
Antara komuniti lain yang akan kami agihkan untuk tajaan iftar ini adalah asnaf dan pelarian Palestin di Malaysia.
 
Iftar dan moreh dikongsi bersama.
 
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan