Retreat dan Team Building Sekretariat MyCARE

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

 

Seramai 46 orang peserta dari Ibu Pejabat dan MyCARE Negeri serta kawasan dari seluruh Malaysia berkumpul di D’Village Resort, Melaka untuk sesi Retreat dan Team Building tahun 2024 selama 2 hari.

 

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi MyCARE Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha dan CEO, Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar yang memberikan perkongsian dan tips untuk MyCARE terus bergerak ke hadapan demi membantu lebih ramai insan yang memerlukan di semua negara yang dibantu oleh MyCARE.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Manakala Penasihat Kehormat, Dr. Hafidzi Mohd Noor pula telah memberikan tazkirah yang sangat menyentuh hati dan membangunkan jiwa kepada semua yang hadir.

 

MyCARE Negeri telah menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun 2023 berbanding tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 80.4%.

 


 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Para dermawan boleh berhubung dengan MyCARE Negeri dan kawasan sekiranya tidak dapat menghubungi Ibu Pejabat MyCARE.

 

Seperti staf di Ibu Pejabat, para Pengurus MyCARE dan juga kawasan sangat membantu sekiranya maklumat lanjut atau khidmat MyCARE diperlukan.

 

Hubungi PIC Sekretariat, Ahmad Harith di talian +60 19-645 9521 untuk maklumat lanjut tentang MyCARE Negeri dan Kawasan.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah