Serahan sumbangan penduduk Ayusutra kepada Palestin

Warga Ayusutra Seksyen 24, Shah Alam tidak mahu ketinggalan membantu rakyat Palestin.

 

“Walaupun sedikit, kami juga ingin menyumbang kepada rakyat Palestin. Alhamdulillah ini kutipan dan serahan untuk kali ketiga. Sebelum ini melalui NGO lain, yang ketiga ini, kami salurkan melalui MyCARE,” ujar Cikgu Noor Hashimi Hasan selaku Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Ayusutra.

 


 

 

 

 

Majlis ringkas serahan sumbangan sebanyak RM5,200 telah diadakan di Pejabat MPP Zon 8 oleh Cikgu Noor Hashimi Hassan dan Tuan Mohd Zulkifli Ghazali yang merupakan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KRT Ayusutra kepada Puan Roha Hassan, Pengurus Besar Operasi MyCARE.

 

Turut hadir di dalam program tersebut adalah Ahli Majlis MPP Zon 8, Puan Siti Nur Aisyah Mohd Zain serta barisan pimpinan KRT Ayusutra.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah