Update Misi Sukarelawan Cianjur: KeAngkaSA #8

“Kadang ibu dengar guruh pun ibu takut, terkenangkan situasi semasa gempa,” cerita salah seorang keluarga angkat kami.

 

Alhamdulillah, bertepatan dengan konsep misi, iaitu Keluarga Angkat Sukarelawan MyCARE, kami berpeluang beramah mesra bersama keluarga angkat masing-masing sambil diiringi oleh 10 orang kanak-kanak terpilih ketika pulang ke kediaman mereka, seusai aktiviti psikososial.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Kami juga mengagihkan pek masakan panas kepada penerima manfaat (pek agihan makanan kering).

 

Sambil-sambil makan bersama keluarga angkat, ahli-ahli misi berpeluang mendengar sendiri cerita secara individu akan situasi gempa yang telah berlaku pada bulan November 2022. Malahan, ada di kalangan mereka yang masih lagi dalam keadaan trauma dengan gempa tersebut.

 


 

 

 


 
 

Hubungan yang telah dibina bersama keluarga angkat diharap berkekalan sehingga ke syurga. Terima kasih kerana menerima kedatangan kami.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000