Update Misi Sukarelawan Cianjur: KeAngkaSA #6

“Lelah berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di Alam Sunda,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas bakti rakyat Malaysia”

 

Aktiviti psikososial kami di Cianjur disambut dengan ceria oleh anak-anak dari Kampung Pasir Sapi dan Kampung Kramat. Aktiviti ini dijalankan bersama 50 orang anak-anak, lingkungan usia 7 tahun hingga 13 tahun. Mereka dihiburkan dengan aktiviti explorace, dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diiringi bersama 2 orang fasilitator di kalangan sukarelawan dari MyCARE dan Human Initiative bagi setiap kumpulan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat 5 checkpoint dalam aktiviti yang rata-rata merupakan rencam aktiviti sukaneka dan permainan tradisional Malaysia. Antaranya permainan boling kampung, pindah getah menggunakan straw, pancing tudung botol, pusing sampai pening dan teng-teng. Pemenang bagi kumpulan dan peserta psikososial diberikan cenderahati berupa alat tulis dan oleh-oleh dari Malaysia.

 


 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Keceriaan dan kegembiraan anak-anak begitu menyerlah di wajah mereka.

 

Terima kasih orang baik atas sumbangan anda yang telah menjayakan misi kami di Cianjur.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.