Update Misi Sukarelawan Cianjur: KeAngkaSA #3

Melalui misi ini, kami berkesempatan melakukan aktiviti pemerkasaan komuniti bagi kelompok tani di Kampung Pasir Sapi, Desa Sukamulya. Pekerjaan utama kebanyakan penduduk di sini adalah petani kerana mereka mempunyai tanaman sendiri seperti cabai (cili), kol (kobis), tomato dan strawberi.

 

Bukan itu sahaja, kami juga berpeluang untuk memanen cabai (menuai/petik cili) sendiri terus dari pokok kebun di sana. Hasil panen tersebut juga kami beli dan agihkan kepada para warga kampung yang terkesan.

 


 

 

 

 

 

Menariknya, melalui pembelian ini kami kumpulkan dari duit belanja sesama ahli misi. Hasilnya kami berjaya mengumpulkan sebanyak IDR743,000 bersamaan sekitar RM228, bagi membayar seberat 25kg cili dan sayur kobis untuk diagihkan.

 

Semoga usaha murni ini dapat diterapkan dalam diri sukarelawan yang lain juga. Aamiin Ya Rabb.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan

Laporan MyQurbani 2026

Alhamdulillah, MyQurbani 2026 berjaya dilaksanakan bagi tahun ke-28 hasil sokongan anda semua.   Sepanjang kempen ini, sebanyak RM2.33 juta berjaya dikumpulkan dan ibadah qurban serta

Kunjungan Global Ehsan Relief ke MyCARE

MyCARE berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Global Ehsan Relief ke Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan bagi mengadakan sesi diskusi dan pertukaran pandangan