[RebuildingGaza] Ternakan Lebah X Yayasan Buruj

Kami berbesar hati untuk berkongsi kejayaan projek penternakan lebah kami yang dibiayai oleh Yayasan Buruj.

 

Tahun lepas, MyCARE menyediakan sepuluh sarang lebah kepada penerima manfaat kami, dan kami sangat gembira mengumumkan bahawa jumlahnya telah berkembang menjadi dua puluh sarang!

 

Kini merupakan musim penuaian madu sedang berlangsung pada dua musim – Mei dan November.

 


 

 

 

 

 

 

Proses penuaian dilakukan dengan teliti dalam memastikan madu yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi. Ia melalui beberapa langkah dan memerlukan beberapa hari sehingga madu siap disaring dan di-purified, menjamin bahawa setiap titisnya adalah 100% sihat dan lazat.

 

Alhamdulillah, pada musim ini kami dapat menghasilkan sebanyak 50 kilogram madu dan kesan daripada kejayaan ini adalah besar. Penerima manfaat kami kini dapat menjual madunya, memperoleh keuntungan, dan memulakan kehidupan yang lebih baik dan mampan.

 


 

 

 

 

 

Kejayaan ini tidak akan menjadi nyata tanpa sokongan yang luar biasa dari pihak Yayasan Buruj dan pasukan kami yang berdedikasi di Gaza.

 

Teruskan menyokong MyCARE untuk memperoleh maklumat terkini tentang projek-projek kami yang menginspirasi! Sokongan anda yang berterusan memacu misi kami untuk mencipta perubahan positif.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah