Jom berkempen untuk Al-Aqsa

#HandsOffAlAqsa
 
Haa, pernah dengar tak tanda pagar tu?
 
Kalau belum, maknanya anda belum pernah lah join kami turun berkempen menyebar kesedaran…
 
Jom join kami.
 
Ada apa tu?
 
Kena joinlah baru tahu, sebab kalau baca je takkan sama feel dia dengan turun hadir sama di lapangan.
 
Kami, Unit Kesukarelawan MyCARE, dengan kerjasama bersama tim StandUp Flashmob akan turun gempur di jalanan untuk kumpul sumbangan MyRamadan.
 
Anda kena buat apa?
 
No worries, tak susah pun. Anda kena:
 
1. Ajak pengunjung untuk bergambar sebagai tanda sokongan
2. Seru orang ramai untuk cakna dan menderma untuk Palestin
3. Pegang kad plakad untuk sampaikan mesej dan create vibe and presence di sana.
 
Selebihnya, kita cerita dekat sana lah ya…
 
Ha.., jom daftar. Hubungi atau mesej je nombor tertera di poster.
 
Atau daftar sini:
 
Pilih untuk hadir pada tarikh 15hb tu. Dan kalau korang free dua-dua sesi lagi cun.
 
p/s: iftar dan elaun pengangkutan juga disediakan
 
Ayuh sama-sama imarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kesukarelawanan!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah